K.C.O.C
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.



by KCOC administrator.



 
HomePORTALCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Dapatkan Marchandise KCOC Sekarang!!! ...Untuk Tempahan Sila Klik sini
Selamat Datang Ke Forum KCOC...Untuk User-User Yang Baru Mendaftar, Sila Buat Sesi Suai Kenal Terlebih Dahulu.. Sila Klik sini
Hubungi Wakil Zon-Zon Kami Sekarang.. Sila Klik sini

Share | 
 

 DUN Kota Siputeh kosong-berita harian UTAMA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage

Emanrina
KCOC Administrator
KCOC Administrator

Posts : 2234
Age : 33
Location : Sabah-Labuan

PostSubject: DUN Kota Siputeh kosong-berita harian UTAMA   Tue 17 Nov 2009, 10:59


Mahkamah isytihar Abu Hassan bukan lagi Adun

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah selepas kerusi berkenaan diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sarif, dari Barisan Nasional (BN) tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN, hari ini.

Ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang, Hakim Alizatul menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan SPR bahawa Abu Hassan masih menjadi wakil rakyat bagi Kota Siputeh serta kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," katanya ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul berkata, tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian kerana keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," katanya.

Hakim Alizatul berkata, SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. - BERNAMA

_____________________________________________________

Sebarang pertanyaan mengenai kelab, garage, marchandise @ aktiviti dan yang berkaitan diatas sila hubungi terus ditalian Emanrina 013-5416225 @ King05 013-2410229
Back to top Go down
View user profile http://kcoc.forumms.net
 

DUN Kota Siputeh kosong-berita harian UTAMA

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
K.C.O.C :: K.C.O.C COFFEE HOUSE :: SUDUT INFORMASI-