K.C.O.C
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Felix terpaksa balik kampung Kcoc_l10-1

by KCOC administrator.
K.C.O.C
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Felix terpaksa balik kampung Kcoc_l10-1

by KCOC administrator.
K.C.O.C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePORTALGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Dapatkan Marchandise KCOC Sekarang!!! ...Untuk Tempahan Sila Klik sini
Selamat Datang Ke Forum KCOC...Untuk User-User Yang Baru Mendaftar, Sila Buat Sesi Suai Kenal Terlebih Dahulu.. Sila Klik sini
Hubungi Wakil Zon-Zon Kami Sekarang.. Sila Klik sini

Share | 
 

 Felix terpaksa balik kampung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Emanrina
Emanrina
KCOC Administrator
KCOC Administrator

Posts : 2233
Age : 41
Location : Sabah-Labuan

Felix terpaksa balik kampung Vide
PostSubject: Felix terpaksa balik kampung   Felix terpaksa balik kampung I_icon_minitimeFri 20 Nov 2009, 10:35

LAMA tak dengar cerita artis kelahiran Akademi Fantasia 3 pada 2005, Felix. Dulu, Felix sering dilihat sebagai orang 'kedua' selepas Mawi. Suaranya boleh tahan bagus, cuma tiada nasib. Selepas sekian lama, nama Felix tenggelam begitu saja, entahkan menyanyi lagi, entahkan sudah `bungkus’, tidak pula diketahui.

Selepas membintangi filem Misi:1511 kira-kira tiga tahun lalu, khabarnya Felix terpaksa angkat kaki dan pulang ke kampung halaman di Sabah. Yalah macam mana nak cari makan, kehadiran Mawi ketika itu menyebabkan peminat bagaikan sudah tak nampak artis AF lain. Mawi benar-benar mencetuskan gelombang tsunami populariti dunia hiburan ketika itu. Rezeki Mawi kan...

Walaupun Felix pernah muncul dengan album pertama yang menampilkan lagu `berhantu’, Warkah Berlagu Pilu namun ia nampaknya tidak mampu membantu menempatkan nama Felix sebaris dengan penyanyi lelaki lain. Lama kelamaan Felix dan beberapa rakan seangkatannya terpaksa `gulung tikar’ dan pulang ke kampung halaman.

Di Sabah, khabarnya Felix masih lagi laris dengan undangan persembahan, kebanyakan acara hiburan di sana tidak pernah mengetepikan Felix. Baguslah begitu, kalau tak dapat cari makan di kota, lebih baik pulang saja ke kampung, kos sara hidup pun rendah. Tak apalah setakat dapat show sikit-sikit boleh juga menampung hidup. Kisah artis kelahiran AF `bungkus’ dan balik kampung bukan cerita baru, malah sudah ramai yang terpaksa melupakan impian bergelar penyanyi.

Jadi janganlah nak berangan apabila masuk AF ada masa depan cerah, boleh jadi sehebat Mawi, Stacy atau Mila, tengok juaranya yang lain seperti Vince, Zahid atau Faizal, apa dah jadi? Kalau juara pun boleh `lingkup’ atau sekadar suam-suam kuku, apatah lagi kalau setakat finalis, silap hari bulan, bungkus juga.

Lebih menyayat hati apabila syarikat yang mengurus artis AF, iaitu Maestro Talent & Management yang diketuai Freddie Fernandez pun dah bungkus!

Apa yang Raja nak bebelkan hari ini bukanlah cerita AF, Raja dah muak! Sebaliknya Raja ada kisah sedih mengenai Felix. Khabarnya, Felix melancarkan album keduanya, Aku Juga Iya yang diterbitkan D' Sulap Entertainment Sdn Bhd di sebuah kompleks membeli-belah di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Nak jadikan cerita, seorang teman Raja turut hadir dalam pelancaran album itu.

“Aku kasihan dengan Felix, pelancaran albumnya tak mendapat sambutan malah boleh kira dengan jari tetamu yang hadir, rakan wartawan pun tak nampak batang hidung. Sudahlah acara berkenaan hanya diadakan di sebuah pusat beli-belah, bila tiada orang, memang tebal muka, tapi aku tabik dengan Felix, dia tetap bersemangat.

“Walaupun tetamu tak ramai, wartawan tidak hadir, acara tetap diteruskan malah Felix mengakui perjalanan seninya tidak akan terhenti di sini. Memang dulu album pertamanya, Warkah Berlagu Pilu tidak mendapat sambutan tetapi Felix tak pernah berputus asa.

“Setahun jugalah Felix `bertapa’ mencari lagu yang sesuai dengan jiwa, kini dia dah boleh menarik nafas lega. Aku dapat tahu album itu juga dipasarkan di Filipina kerana Felix kerap membuat persembahan dan sudah ada peminat di sana,” kata sumber Raja. Apapun, Raja berharap Felix jangan berputus asa, percayalah rezeki tetap ada di mana-mana.

RAJA: Beberapa juara Bintang RTM dalam beberapa tahun ini pun sudah tidak lagi dengaar khabar berita.
Back to top Go down
https://kcoc.forumms.net
ReDLinE
ReDLinE
KCOC Spammer
KCOC Spammer

Posts : 556
Age : 35
Location : sabah_labuan_tawau

Felix terpaksa balik kampung Vide
PostSubject: Re: Felix terpaksa balik kampung   Felix terpaksa balik kampung I_icon_minitimeWed 28 Apr 2010, 14:22

kesian felix...apa bleh buat dh mcm tu...hehehehe
Back to top Go down
sonic
sonic
KCOC Official Crew
KCOC Official Crew

Posts : 344
Age : 37

Felix terpaksa balik kampung Vide
PostSubject: Re: Felix terpaksa balik kampung   Felix terpaksa balik kampung I_icon_minitimeSun 27 Jun 2010, 11:23

begitu pla..
Back to top Go down

Sponsored content



Felix terpaksa balik kampung Vide
PostSubject: Re: Felix terpaksa balik kampung   Felix terpaksa balik kampung I_icon_minitime

Back to top Go down
 

Felix terpaksa balik kampung

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
K.C.O.C :: K.C.O.C COFFEE HOUSE :: SUDUT HIBURAN-