ICE ada dua kategori, SQ (Sound Quality) adalah kategori yg mementingkan kualiti bunyi mana kala SPL (Sound Preasure Level) adalah kategori yg lebih focus pada kekuatan (loudness) dari quality bunyi.
SPL mudah nak diterangkan, the system is LOUD ! dan mudah nak dicapai. Dan juga kosnye murah. Cth SPL, kereta boombox yg seberang highway pon boleh denga.
Org yg lihat pada SQ adalah mementingkan quality of the sound, semua frequensi vocal and instrument produce well balance, clarity, projection, not loud, more expensive dan complicated system.
Kategori manakah anda ?
3 faktor penting yg perlu diambil kira ketika nak design ICE anda
1. Staging
Staging adalah proses utk menghasilkan stage didalam kereta anda. Seperti anda melihat konsert, stage akan dibina dihadapan penonton. Tiada siapa yg melihat konsert dimana stage mengadap punggung anda. Didalam kereta stage adalah somewhere diatas dashboard anda. Vocal akan dtg dari tgh2 dan ahli musik lain akan berada dikiri kanan dashboard anda .. seperti dalam konsert.
2. Imaging
Setelah ada stage, vocal dah ahli musik atas dashboard kereta anda, kita perlu project setiap bunyik dari instrument (ahli musik) dengan tepat .. BUKAN project bunyi dari speaker-speaker lain. Cthnya, dalam konsert bunyi drum datang dari ahli drum yg berada ditengah2 stage. Tidak ada drummer lain yg ketuk drum dari belakang, kiri atau kanan stage.
3. Direction
Bunyi menpunyai frequency. Frequency yg tinggi lagi mudah kita tahu dari mana arah ia datang berbanding dengan frequency rendah. Utk menghasilkan staging yg bagus, kita perlu tune frequency nie agar ia datang dari depan. Tweeter menghasilkan bunyi frequncy tinggi, adalah komponen yg paling penting untuk menghasilkan staging yg bagus. Kebiasaanya tweeter diletak pada dahsboard dah diarahkan ke tengah kereta utk menghasilkan efek vocal yg berada di hadapa tengah kereta.
Frequensi rendah pula sukar untuk ditentukan darimana arah ia datang. Lagi rendah frequency lagi sukar untuk dikesan (sebab itu subwoofer kat belakang kereta).
Equipment
Cukup membebel. Jom kita tgk apa barang yg kita nak pakai. Ambil perhatian, lagi simple system anda lagi mudah utk anda dapat good quality ICE.
Aq cadangkan korang buat roadmap perancangan ICE anda seperti dibawah. So anda beli barang dengan tertib yg betul dan boleh merancangkan budget anda.
1. Headunit !
Ini adalah benda paling penting dalam ICE anda. Jika anda gunakan unit yg tak elok .. carca merba lah sound system anda. Ini adalah jantung kepada ICE anda. Aq cadangkan belilah head unit yg berjenama. Faktor yg perlu dilihat bila membeli head unit
a. berapa RCA output ? lagi banyak lagi bagus. HU murah slalunya ada 1, mid range ada 2, highrange ada 3. Ini untuk memudahkan anda pasang pada amp
b. ada built in equalizer. some ada built in electronic crossover
c. security. removal face plate utk elak dari mencuri perhatian pencuri
Percayalah, tanpa menukar speaker, hanya tukar HU yg lebih baik dari stok .. anda akan gain way better sound quality.
2. Component speakers
Component speakers adalah set speaker yg mengandungi 1 pasang midbase, 1 pasang passive crossover dan 1 pasang tweeter. Ianya slalu dipasang pada pintu depan dan dashboard kereta. Saya juga cadangkan pilih yg berjenama utk mendapatkan sound clarity yg bagus. Set component adalah set permulaan utk mendapatkan staging dan imaging yg baik. Selalunya set component sudah memadai utk mendapatkan staging dan imaging yg bagus.
Terdapat pelbagai jenis set komponen, dari 5 1/4" sehingga ke 6 3/4". Kebiasaanya ramai akan memilih 6 1/2"
Saya boleh gerenti, selepas anda pasang componen speaker, sound system anda akan terus berbeza dari asal .. lagi sedap dan jelas sebab kita telah bina stage pada kereta anda.
3. Amplifier
Kita biasa dengar jika kita feed amp 200W pada speaker 50W akan merosakkan speaker tersebut. Ini adalah tidak benar sama sekali. Untuk sebuah speaker berfungsi dengan baik, ianya perlulah mempunyai kuasa yg cukup utk mengerakan coil speaker tersebut. Speaker yg underpower akan menyebabkan speaker mengalami masalah utk menhasilkan bunyik dengan tepat (distortion). Biar power lebih utk feed pada speaker .. jgn kurang dan dengan syarat tidak melebihi PMPO speaker.
Penting : Ukur amp/speakers/HU pada RMS dan bukan pada PMPO. RMS adalah kuasa nominal yg dihasilkan oleh amp atau HU dan kuasa nominal yg diperlukan utk power sebuah speakers.
Amp ada macam2 jenis, 2 atau 4 channel atau monoblok. Utk permulaan saya cadangkan 4 channel amp. Pastikan juga ianya mempunyai active crossover. Amp yg bagus will cost more than RM800
4. Subwoofer
Utk permulaan gunakan 10" atau 12". Carik single voice coil sub dan juga 4 Ohm. Pastikan ianya boleh menghasilkan bunyi diantara 20Hz dan 1kHz. Kotak subwoofer adalah penting. Pastikan anda pergi ke kedai yg pakar membuat kotak subwoofer mengikut specs woofer anda. Jgn beli yg ready made yg slalu dijual dikedai aksesori.
Design
Design yg paling simple, Amp akan disambungkan dengan input subwoofer dan front speaker .. prefer RCA.
Dari amp front output sambung ke component speakers yg diletakkan pada pintu dan dashboard. Setkan amp pada high pass utk componen speaker.
Dari amp subwoofer output sambung pada subwoofer yg diletakkan dalam bonet dan set pada low pass.
Tuning
Pastikan korek telinga terang2 ... tekan2 lah built in equalizer anda untuk dapat kan imaging pada stage anda dan bersesuaian dengan telinga anda. main2 denga fader utk dapatkan staging pada depan kereta anda. jika anda ada speaker belakang, abaikan nya atau mainkan dengan volume yg slow agar tidak menganggu stage anda.
utk subwoofer pula, cuba overlapskan frekuensi subwoofer dengan midbase component. ini utk mendapatkan efek bass yg datang dari depan dengan lebih jelas.
Susah nak nilai cara nak tune sound nie, sebagai landasan gunakanlah konsep imaging, staging dan direction utk tune pada kelesesaan anda. Ajak kawan-kawan anda tinguk dan minta pendapat2 otai.
Semoga berjaya !!