Khasiat Kunyit
WASHINGTON: Khasiat dan kebaikan kunyit terus terbongkar apabila satu kajian yang dibuat ke atas tikus mendapati bahan itu boleh membantu mengurangkan berat badan dan menekan perkembangan tisu lemak.
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Zat mengenai Penuaan, Jean Mayer, di Universiti Tufts mendakwa, curcumin, polyphenol utama yang ditemui dalam kunyit, mengurangkan kenaikan berat pada tikus.
Pasukan penyelidik mengkaji tikus yang diberi makan makanan lemak tinggi yang ditambah dengan curcumin.
"Pertambahan berat ialah hasil pertumbuhan dan perkembangan tisu lemak, yang tidak boleh berlaku kecuali saluran darah baru terbentuk, proses dikenali sebagai angiogenesis.
"Berdasarkan data kami, curcumin menekan aktiviti angiogenic dalam tisu lemak tikus yang diberi makan makanan tinggi lemak," kata penulis kanan yang juga pengarah Makmal Biologi Vaskular, di pusat itu, Mohsen Meydani.
Beliau, bagaimanapun menambah mereka tidak tahu sama ada keputusan itu boleh digunakan pada manusia kerana tiada kajian pernah dibuat mengenai perkara itu.
Salah satu komponen kunyit ialah curcumin, jenis phytochemical dikenali sebagai polyphenol. Penyelidikan mendapati phytochemicals, iaitu kimia yang ditemui pada tumbuh-tumbuhan, dapat membantu mencegah penyakit. Sebagai komponen bioaktif kunyit, curcumin sedia diserap untuk kegunaan tubuh.
Meydani dan pasukannya mengkaji tikus yang diberi makanan tinggi lemak selama 12 minggu. Kumpulan diberi makanan tinggi lemak pertama diberi tambahan dengan 500 miligram curcumin manakala kumpulan kedua tidak diberi makan bahan itu.
Kedua-dua kumpulan haiwan uji kaji itu memakan pada jumlah sama, menunjukkan curcumin tidak menjejaskan cita rasa tetapi tikus yang diberi makanan tambahan curcumin tidak mencatatkan kenaikan berat badan seperti tikus yang tidak diberi bahan itu.
"Curcumin nampaknya faktor utama menyebabkan pengurangan lemak tubuh pada kumpulan yang mendapat makanan tambahan. Pada tikus itu, kami meneliti penekanan kepadatan microvessel pada tisu lemak, petanda kurang pertumbuhan saluran darah dan oleh itu mengurangkan lemak.
"Kami juga mengesan paras rendah kolesterol darah dan lemak dalam hati tikus itu," katanya. - Agensi
Penyakit Yang Dapat Diobati :
Diabetes melitus, Tifus, Usus buntu, Disentri, Sakit keputihan; Haid tidak lancar, Perut mulas saat haid, Memperlancar ASI; Amandel, Berak lendir, Morbili, Cangkrang (Waterproken).
Pemanfaatan :
1. Diabetes mellitusBahan: 3 rimpang kunyit, 1/2 sendok the garam
Cara membuat: kedua bahan tersebut direbus dengan 1 liter air
sampai mendidih, kemudian disaring.
Cara menggunakan: diminum 2 kali seminggu 1/2 gelas.
2. TifusBahan: 2 rimpang kunyit, 1 bonggol sere, 1 lembar daun sambiloto
Cara membuat: Semua bahan tersebut ditumbuk halus dan dipipis,
kemudian ditambah 1 gelas air masak yang masih hangat, dan di
saring.
Cara mengunakan: diminum, dan dilakukan selama 1 minggu
berturut-turut.
3. Usus buntuBahan: 1 rimpang kunyit, 1 butir buah jeruk nipis, 1 potong gula
kelapa/aren. Garam secukupnya.
Cara membuat: Kunyit diparut dan jeruk nipis diperas, kemudian
dicampur dengan bahan yang lain dan disedu dengan 1 gelas air
panas, kemudian disaring.
Cara menggunakan:diminum setiap pagi setelah makan, secara
teratur.
4. DisentriBahan: 1-2 rimpang kunyit, gambir dan kapur sirih secukupnya
Cara membuat: semua bahan tersebut direbus dengan 2 gelas air
sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas kemudian disaring.
Cara menggunakan:diminum dan diulangi sampai sembuh.
5. Sakit KeputihanBahan: 2 rimpang kunyit, 1 genggam daun beluntas, 1 gagang buah
asam, 1 potong gula kelapa/aren
Cara membuat: semua bahan tersebut direbus dengan 1 liter air
sampai mendidih, kemudian di saring.
Cara menggunakan:diminum 1 gelas sehari.
6. Haid tidak lancarBahan: 2 rimpang kunyit, 1/2 sendok Teh ketumbar, 1/2 sendok Teh
biji pala, 1/2 genggam daun srigading.
Cara membuat: semua bahan tersebut ditumbuk halus kemudian
direbus dengan 1 liter air sampai mendidih, kemudian disaring
Cara menggunakan:diminum 1 gelas sehari.
7. Perut mulas pada saat haidBahan: 1 rimpang kunyit sebesar 4 cm, 1 rimpang jahe sebesar 4 cm,
1/2 rimpang kencur sebesar 4 cm
Cara membuat: semua bahan tersebut dicuci bersih dan diparut
untuk diambil airnya, kemudian di tambah dengan perasan jeruk
nipis, diseduh dengan 1/2 gelas air panas dan disaring.
Cara menggunakan:ditambah garam dan gula secukupnya dan
diminum pada hari pertama haid.
8. Memperlancar ASIBahan: 1 rimpang kunyit
Cara membuat: kunyit ditumbuk sampai halus
Cara menggunakan: dioleskan sebagai kompres diseputar buah dada
1 kali setiap 2 hari.
9. Cangkrang (Waterproken)
Bahan: 2 rimpang kunyit, 1 genggam daun eceng,
Cara Membuat: semua bahan tersebut ditumbuk sampai halus
Cara menggunakan: dioleskan pada bagian yang kena cangkrang.
10. AmandelBahan: 1 rimpang kunyit, 1 butir jeruk nipis, 2 sendok madu
Cara membuat: Kunyit diparut, jeruk diperas untuk diambil airnya,
kemudian dicampur dengan madu dan 1/2 gelas air hangat, diaduk
sampai merata dan disaring
Cara menggunakan:diminum secara rutin 2 hari sekali.
11. Berak lendirBahan: 1 rimpang kunyit, 1 potong gambir, 1/4 sendok makan
kapur sirih
Cara membuat: semua bahan tersebut direbus bersama dengan 2
gelas air sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas dan disaring.
Cara menggunakan: diminum 2 kali sehari 1/2 gelas, pagi dan sore.
12. MorbiliBahan: 1 rimpang kunyit dan 1 rimpang dringo bengle
Cara membuat: kedua bahan tersebut ditumbuk bersama sampai
halus
Cara menggunakan:dioleskan pada seluruh badan sebagai bedak