K.C.O.C
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos Kcoc_l10-1

by KCOC administrator.
K.C.O.C
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos Kcoc_l10-1

by KCOC administrator.
K.C.O.C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomePORTALGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Dapatkan Marchandise KCOC Sekarang!!! ...Untuk Tempahan Sila Klik sini
Selamat Datang Ke Forum KCOC...Untuk User-User Yang Baru Mendaftar, Sila Buat Sesi Suai Kenal Terlebih Dahulu.. Sila Klik sini
Hubungi Wakil Zon-Zon Kami Sekarang.. Sila Klik sini

Share | 
 

 Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jai
jai
KCOC Partner Club
KCOC Partner Club

Posts : 644
Age : 36
Location : jipun

Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos Vide
PostSubject: Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos   Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos I_icon_minitimeTue 03 Nov 2009, 00:26

ASAP EKZOS BERTUKAR WARNA...


Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

1. Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

2. Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

3. Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk

I. penapis udara tersumbat,
II. injap udara (choke) tertutup dAN
III. karburator rosak.

Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya.

Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

4. Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana :

- omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.
Back to top Go down
Emanrina
Emanrina
KCOC Administrator
KCOC Administrator

Posts : 2233
Age : 41
Location : Sabah-Labuan

Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos Vide
PostSubject: Re: Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos   Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos I_icon_minitimeThu 23 Dec 2010, 22:56

kalo turbo lake pun bnyak asap putih kuar dr eksos ni...kalah asap keta pakai diesel....kekekeke
Back to top Go down
https://kcoc.forumms.net
jai
jai
KCOC Partner Club
KCOC Partner Club

Posts : 644
Age : 36
Location : jipun

Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos Vide
PostSubject: Re: Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos   Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos I_icon_minitimeThu 24 Feb 2011, 09:18

lau tobo kong maksudnya mau d buang suda itu tobo...huhu
Back to top Go down

Sponsored content



Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos Vide
PostSubject: Re: Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos   Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos I_icon_minitime

Back to top Go down
 

Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
K.C.O.C :: K.C.O.C TALK ABOUT COMPACT CAR PERFORMANCE :: ENGINE & PERFORMANCE-